ni artikel yg aku tebaca kat berita harian...
Botol air plastik pelbagai warna dan bentuk yang banyak di pasaran ketika ini didapati boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan buruk kepada kesihatan manusia termasuk kanser payu dara.
Botol jenis polikarbonat (BPA) yang ringan dan tahan itu mudah diketahui kerana ada angka `7' dalam bentuk segi tiga bersama huruf `PC' di bahagian bawah setiap botolnya.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata antara kesan terhadap kesihatan manusia akibat penggunaan botol itu adalah ia akan menjejaskan organ pembiakan, memberi kesan buruk kepada tumor dan perkembangan prostat dan juga mengurangkan bilangan sperma. hati2 kaum lelaki!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan