Monday, November 2, 2009
Sunday, November 1, 2009
final exam
salammm...
lama rasanyer tak post entry...hehe.biasa la sibuk ngan byk hal...sampai nak buka blog pon dah tak ada masa.. sampai setakat hari ni tinggal 2 paper lagi blum settle....
3 paper dah lepas.. iaitu writing skill, biologi & biokimia asas n tengahari td buat genetik populasi yg agak susah jugak..ermm mudah2 han dapat score paper2 tu.. kepada kwn2 yg lain, good luk tuk final nie..hehe
Thursday, September 17, 2009
RAHSIA DI SEBALIK JENIS DARAH??
Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O? Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah. Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan. Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai. << Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.![]()

Thursday, September 10, 2009
majlis berbuka puasa kelab double helix 2009
Wednesday, September 9, 2009
selamat hari raya...
Sunday, August 23, 2009
selamat berpuasa...

salam ramadhan buat semua bloggersss!!!
bagaimana kah hari pertama puasa?? mesti best kan..ye la dah lama tak brpuasa..so di bulan ramadhan nie la kita di uji utk puasa...apa yg penting time puasa nie adlh niat tu kena jaga..bukan stakat tak makn n minum..tp tingkah laku juga harus di jaga..so pandai2 la jaga tingkah laku ok..jgn nak lepas je ckp tue..tau la korg puasa..aku pun puasa juga..tp mulut still dalam kawalan ketat ok... lupa..aku nak wish slamat bpuasa kpd kengkawan aku Sjana muda sains ( sains Biologi) tahun 1,2, dan 3..slmat bpuasa...nanti kelab double helix akan buat majlis berbuka puasa brsama jabatan kan..so bley la buka puasa ramai2!...nanti join la bebudak bio smua...k la nak g kelas nie..nant paparazie post lg brita ok... salam!~~~










