KEKALKAN BERAT BADAN
PELBAGAI cara dibuat untuk memastikan berat badan sentiasa ideal dan tidak bertambah. Namun, usaha menurunkan berat badan berlebihan adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan betul agar sasaran yang dikehendaki menjadi kenyataan.
Antara yang perlu dibuat untuk mencapai sasaran itu adalah dengan mengenal pasti ‘formula’ yang boleh memberi motivasi jangka panjang supaya terus bersenam atau menjaga diet. Kemudian, seseorang perlu realistik dengan sasaran berat badan dengan mengambil kira tempohnya.
Selain memberi perhatian kepada nisbah pengambilan dengan pembakaran kalori, seseorang juga boleh membiasakan diri dengan tabiat membeli barangan dapur yang sihat. Simpan rekod makanan yang dimakan, termasuk jumlah kalori dan kekerapan bersenam.
Juga tidak perlu untuk menimbang berat setiap hari. Memadai dengan sekali setiap minggu. Sebagai tambahan, fikirkan dahulu tentang pengurangan kiraan inci berbanding penurunan kiraan berat.SO..sesiapa yg berkaitan tu...jaga pemakanan okay!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan